side-area-logo

Privacy Policy (BM Version)

Kumpulan Syarikat Lion Syarikat dan Kumpulan Syarikat Lion Bersekutu, entiti yang dikawal bersama dan gabungannya (secara kolektifnya “Kumpulan”) menghormati privasi individu berkenaan data peribadi. Polisi Perlindungan Data Peribadi dirumuskan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”). Untuk tujuan Polisi Perlindungan Data Peribadi ini, “Data Peribadi” hendaklah mempunyai erti yang dianggap kepadanya dalam Akta. Untuk tujuan Polisi Perlindungan Data Peribadi ini, terma “kami” akan merujuk kepada mana-mana syarikat dalam Kumpulan and “anda” akan  merujuk kepada anda dan/atau mana-mana orang lain atau syarikat yang diwakili oleh anda dimana anda memberikan maklumat Data Peribadi.

A.     SIFAT DATA PERIBADI

Data Peribadi tersebut mungkin tertakluk kepada undang-undang perlindungan data, privasi dan undang-undang serupa lain yang terpakai dan mungkin merangkum maklumat tentang nama, usia, nombor kad pengenalan, nombor passport, alamat, jantina, tarikh lahir, gambar, butir-butir asas tentang anak, status perkahwinan, pekerjaan, julat pendapatan, maklumat hubungan, alamat e-mel, majikan, bangsa, asal-usul etnik, kewarganegaraan dan informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah.

B.     TUJUAN MENGUMPUL DATA PERRIBADI

1.     Dengan memberikan apa-apa Data Peribadi anda kepada Kumpulan, anda dengan ini membenarkan Kumpulan mengumpul, menyimpan dan menggunakan Data Peribadi bagi tujuan-tujuan berikut:

a) memberikan anda dengan perkhidmatan atau manfaat di bawah mana-mana perniagaan dan/atau polisi Kumpulan; dan/atau

b) pemprosesan permohonan anda di bawah mana-mana program Kumpulan; dan/atau

c) jika berkenaan, permasaran barangan dan perkhidmatan dan menghantar pengemaskinian, produk baru, tawaran khas, mana-mana pengiklanan, bahan promosi dan/atau bahan komersial kepada anda (termasuk emel, khidmat pesanan ringkas atau cara-cara lain) dan/atau digunakan, memberikan dan/atau memperbaiki perkhidmatan syarikat, prosesan invois dan bayaran (termasuk bayaran dengan kad) dan memberi perkhidmatan lain untuk meningkatkan dan menyokong hubungan Kumpulan dengan anda dan/atau dengan orang lain atau syarikat yang diwakili oleh anda; dan/atau

d) menjalankan penyelidikan mengenai perancangan, produk, barangan, perkhidmatan, keselamatan dan ujian; dan/atau

e) menjalankan prosedur sepadan menurut undang-undang; dan/atau

f) melaksanakan statistik analisa untuk pelbagai objektif di dalam Kumpulan dan memberikan maklumat ini kepada Kumpulan; dan/atau

g) tujuan yang berkaitan dengan operasi, pentadbiran, pembangunan, rekod simpanan atau penambahan perniagaan Kumpulan serta untuk tujuan yang berkenaan untuk menyokong dan/atau membantu mana-mana perniagaan Kumpulan; dan/atau

h) tujuan yang berkaitan pentadbiran, pengurusan dan/atau penguatkuasaan transaksi komersial dan hubungan dan komunikasi dengan anda dan/atau dengan orang lain atau syarikat yang diwakili oleh anda;

i) setakat mana dikenhendaki oleh undang-undang, di mana Kumpulan menganggap bahawa pengunaan atau pendedahan sedemikian adalah perlu untuk bertindak balas terhadap apa-apa tuntutan atau proses undang-undang, atau di mana Kumpulan mengesyaki telah, sedang atau mungkin terlibat dalam penipuan atau aktiviti yang menyalahi undang-undang; dan/atau

j) dimana pihak ketiga memperolehi atau ingin memperolehi, atau membuat pertanyaan berkaitan dengan memperolehi, suatu kepentingan dalam mana-mana syarikat dalam Kumpulan; dan/atau

k) dimana pihak ketiga memerlukannya untuk pihak ketiga tersebut menjalankan fungsi atau perkhidmatan yang diminta oleh Kumpulan; dan/atau

l) membantu Kumpulan atau di mana pihak ketiga memerlukannya untuk pihak ketiga tersebut menjalankan fungsinya atau obligasinya sepertimana yang diperuntukkan dibawah undang-undang, peraturan, undang-undang kecil dan/atau panduan (sama ada mempunyai kuasa undang-undang atau sebaliknya) atau sepertimana yang diperlukan oleh kerajaan atau badan bukan kerajaan, agensi atau jabatan atau di mana pihak ketiga memerlukannya untuk memastikan pelaksanaan mana-mana terma-terma perjanjian ataupun dokumen; dan/atau

m) dimana pihak ketiga memerlukannya untuk pihak ketiga tersebut menyediakan dan menyerahkan mana-mana tuntutan atau bayaran kepada mana-mana pihak atau untuk audit/pemeriksaan oleh mana-mana pihak untuk apa-apa tujuan yang berkaitan dengan perniagaan Kumpulan;

n) tujuan yang berkaitan dengan menguasakan hak Kumpulan mengikut mana-mana surat, perjanjian dan/atau dokumen termasuk mendapatkan nasihat undang-undang dan nasihat kewangan, mengambil langkah-langkah awal atau memulakan apa-apa tindakan undang-undang; dan/atau

o) membuat pendedahan sedemikian sebagaimana yang dikehendaki bagi mana-mana tujuan di atas atau melalui undang-undang.

p) penilaian kredit dan semakan latar belakang lain terhadap pengguna sepertimana kami anggap perlu atau sesuai;

q) menghalang jenayah (termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan, pengubahan wang haram, rasuah).

2.     Kami berkemungkinan akan menghubungi anda untuk tujuan seperti yang ditunjukkan di bahagian (B) di atas melalui panggilan telefon, emel, perkhidmatan pesanan ringkas atau melalui apa-apa bentuk komunikasi yang tersedia.

C.     PENGUNAAN DAN PENDEDAHAN

1.     Anda selanjutnya bersetuju bahawa Kumpulan boleh mendedahkan dan memindahkan (sama ada di Malaysia atau luar negara) di Antara mana-mana syarikat dalam Kumpulan dan/atau kepada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada ejen, konsultan, peguam, pengaudit, majikan, kontraktor, pembekal, rakan kongsi, ahli gabungan bersama, pengiklan, pembeli, pengendali rangkaian, syarikat-syarikat bersekutu Kumpulan, mana-mana pihak authoriti, kedutaan, badan statutori, badan regulatori, pengawal selia industri, mana-mana organisasi, mana-mana institusi kewangan berkenaan, penasihat profesional, seseorang yang lain dibawah tugas kerahsiaan terhadap Kumpulan atau mana-mana syarikat di dalam Kumpulan, mana-mana syarikat di dalam Kumpulan, pemegang serah hak atau penerima pindahan atau pembeli sama ada sebenar atau yang dicadangkan bagi apa-apa hak syarikat dalam Kumpulan, pembekal perkhidmatan pihak ketiga, untuk keperluan operasi, pentadbiran pembangunan Kumpulan dan organisasi yang membekalkan perkhidmatan arkib, pengauditan, nasihat profesional, pungutan hutang, insurans, perbankan, pemasaran, pengiklanan, mailhouse, penghantaran,perekrutan, pusat panggilan, teknologi, penyelidikan, utiliti dan keselamatan untuk menggunakan, mendedahkan, memegang, memproses,menyimpan atau memindahkan Data Peribadi itu bagi tujuan (B) di atas untuk dan bagi pihak Kumpulan.

2.     Kumpulan menggunakan dan mendedahkan maklumat yang dikenalpastikan bukan secara peribadi yang dikumpul oleh kami sebagai sebahagian daripada proses Kumpulan sentiasa memperbaiki, perniagaan kami dan/atau perniagaan Kumpulan.

D.     KESAN KETIADAAN PERUNTUKAN DATA PERIBADI

Kegagalan untuk membekalkan Data Peribadi akan:-

a) menyebabkan kami tidak dapat menyampaikan notis, perkhidmatan dan/atau produk yang diminta kepada pelanggan/bakal pelanggan.

E.     PERLINDUNGAN

Kami akan menyimpan dan memproses data anda dalam cara yang selamat. Kami akan berusaha sedaya upaya, di mana praktik, untuk melaksanakan pelindung dan prosedur pentadbiran dan keselamatan yang sesuai selaras dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai untuk menghalang pemprosesan Data Peribadi anda dalam cara yang tidak dibenarkan atau tidak sah dan kehilangan atau kemusnahan atau kerosakan pada Data Peribadi anda dalam cara yang tidak disengajakan.

F.     PEMINDAHAN & PERKONGSIAN DATA

Sekiranya kami menganggapnya perlu atau sesuai bagi tujuan penyimpanan atau pemprosesan data atau untuk menyediakan sebarang perkhidmatan atau produk bagi pihak kami kepada anda, kami boleh memindahkan Data Peribadi anda kepada ahli lain dalam syarikat-syarikat Kumpulan kami atau penyedia perkhidmatan atau produk pihak ketiga di dalam atau di luar Negara di mana kami ditubuhkan, dalam keadaan kerahsiaan dan tahap pelindung keselamatan yang serupa.

G.     HAK AKSES DAN PEMBETULAN ANDA

1.     Anda atas pembayaran fi yang ditetapkan berhak meminta akses kepada dan pembetulan maklumat tentang anda yang disimpan oleh kami dan dalam hal ini, anda boleh:

a) menyemak sama ada kami menyimpan atau menggunakan Data Peribadi anda dan meminta akses kepada data tersebut;

b) meminta agar kami membetulkan sebarang Data Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau ketinggalan zaman;

c) meminta agar Data Peribadi anda disimpan oleh kami hanya selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan maklumat tersebut dikumpul;

d) meminta agar kami menyatakan atau menjelaskan dasar dan prosedurnya berkaitan dengan data dan jenis Data Peribadi yang dikendalikan oleh kami; dan

e) memaklumkan kepada kami bantahan anda tentang pengunaan Data Peribadi anda bagi tujuan pemasaran dan dengan itu kami tidak akan menggunakan Data Peribadi anda bagi tujuan ini; dan

f) menarik balik, dengan sepenuhnya atau sebahagiannya, kebenaran anda yang diberikan sebelum ini, dalam setiap setiap keadaan tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang yang terpakai, syarat-syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah.

2.     Permintaan bertulis bagi akses kepada Data Peribadi atau pembetulan dan/atau pemadaman Data Peribadi atau bagi maklumat tentang dasar dan prosedur dan jenis Data Peribadi yang dikendalikan oleh kami hendaklah ditujukan kepada:

Bahagian: Secom (Malaysia) Sdn Bhd
Perjawatan orang yang boleh dihubungi: Customer Service
Nombor Telefon: 03-78432000
Nombor Faks: 03-78459668
Alamat E-mel: general@secom.com.my
Alamat: No 12, Jalan Astaka U8/82, Bukit Jelutong Business and Technology Centre, Seksyen U8, 40150 Shah Alam, Selangor

 H.     KERAHSIAAN

1.     Data Peribadi yang dipegang oleh Kumpulan akan dirahsiakan menurut Polisi Perlindungan Data Peribadi ini selaras dengan mana-mana undang-undang terpakai yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

2.     Sebarang pertanyaan, komen, cadangan atau maklumat selain daripada Data Peribadi yang dihantar atau diberikan kepada kami dengan apa jua carapun akan dianggap diberi kepada Kumpulan secara sukarela atas dasar tidak sulit dan tidak dimiliki.

3.     Kumpulan berhak untuk menggunakan, mengeluarkan semula, mendedahkan, menghantar, menerbitkan, menyiarkan dan/atau mengepos tempat lain maklumat tersebut secara bebas seperti yang dinyatakan dalam (C) di atas.

I.     DATA PERIBADI YANG DIBERIKAN OLEH ANDA

1.     Anda mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran daripada orang dan/atau syarikat yang diwakili oleh anda untuk memberikan Data Peribadi mereka masing-masing.

J.     PENGUBAHAN KEPADA POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

1.     Kumpulan berhak untuk meminda Polisi Perlindungan Data Peribadi tanpa memberi notis terlebih dahulu. Kumpulan menasihatkan supaya anda menyemak Polisi Perlindungan Data Peribadi ini dengan tetap.